background

Monday, December 6, 2010

renung2 kan lah...bersama-sama kita mengelak

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....

*****************************************************************

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masih xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

masyaallah~

harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....

urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....

Saturday, November 13, 2010

bulan exam tiba lagi......

assalammualaikum......

pada 8 hb hingga 23hb 11/2010...............bulan final exam telah melanda usm..... salah sorang drp orang yang telibat ialah di saya sendiri dan semua student usm......
saat exam menjadi lebih genting kerana wujud pertembungan dengan hari raya aldil adha A.K.A Raya haji.........
kesian kepada sesiapa yang tidak dapat pulang ke kampung pada raya haji tersebut......... di harap anda semua bersabar atas ujian ni..........terutamanya pada roomate saya kak faza org sabah....sem ni raya haji kat penang la jawapnya.............hehehehehe..........

berbalik kepada exam di usm...berikut adalah senarai subjek yang akan di ambil dan slip peksa...

doakan kejayaan saya yer...........(^_^)v wish me the best of luck................

Thursday, January 7, 2010

seutas kata untuk dirasa.....

apakah makna kehidupan jika nilai kasih sayang ,percaya sesama sendiri kian luntur kerana sifat ingin yang terbaik muncul dalam diri.....

apakah makna persahabatan jika setiap individu pentingkan diri sendiri??? x terfikirkah mereka pekara yang mereka lakukan itu kadang kala mengguris hati seorang insan yang lemah????
adakah masih ada persahabat yang indah seperti zaman sahabat2 para nabi dan nabi....mereka bekerja sama serta mengharungi kesusahan brsama- sama tanpa tanpa memikirkan status,darjat serta kekayaan dengan harapan islam dapat memjadi kuasa besar nanti.......

apakah makna keamanan jika kita masih dapat lihat masih berlakunya peperangan kerana sikap ketamakan seorang manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi kepadanya...cuba kita renungkan akibat ketamakkan individu,serta sifat pentingkan diri sendiri maka berlakulah peperangan yang melibatkan beribu insan yang tidak berdosa mati kebuluran atau mati dibom.......

akibat sikap angkuh yang merasakan diri nya yang ter baik menyebabkan berjuta rakyat mati kerana tidak mahu bersatu dan bekerja sama dengan sahabatnya..............................

entah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

apakah makna persahabatan.....................?

Saturday, November 28, 2009

selamat hari raya haji..

Aidiladha disambut penuh kesyukuran


TUANKU MUHRIZ menyerahkan daging korban kepada seorang penerima di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah semalam.


KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh negara semalam menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh rasa kesyukuran disertai dengan semangat pengorbanan dalam menghadapi pelbagai dugaan dan bencana.

Walaupun banjir melanda beberapa negeri terutama di Kelantan dan Terengganu, namun sambutan Aidiladha di negeri-negeri terbabit tetap meriah.


MOHD. ALI RUSTAM (dua dari kiri) turut melapah daging lembu ketika hadir pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha di Surau An Nur Taman Merak Mas, Bukit Katil, Melaka.


Di Terengganu, seramai 1,026 mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan banjir di Hulu Terengganu dan Marang menyambut kedatangan Aidiladha secara ala kadar.

Di Masjid Negara Kuala Lumpur, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama rakyat jelata. Turut berangkat dua anakanda baginda, iaitu pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mu"az.


DAGING korban dihantar menggunakan bot kepada Siti Romlah Awang Hamat yang terkandas di rumahnya akibat banjir di Kampung Kubang Sawa, Tumpat.


Hampir 5,000 jemaah menunaikan solat sunat itu mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tuanku Mizan.

Sementara di Shah Alam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 20,000 umat Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Friday, November 13, 2009

fikir dan renungkanlah




AS rampas 4 masjid kelolaan Iran




GAMBAR menunjukkan pintu masuk ke bangunan Piaget setinggi 36 tingkat yang akan dirampas oleh pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat (AS) di New York.
NEW YORK - Pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengemukakan permohonan untuk merampas empat buah masjid dan sebuah bangunan pencakar langit 36 tingkat di sini daripada sebuah kumpulan kebajikan yang didakwa dikawal kerajaan Iran.
Menurut Peguam Daerah Selatan New York, Preet Bharara, pertubuhan itu yang dikenali sebagai Yayasan Alavi dituduh menyalurkan sejumlah dana kepada kerajaan Iran.
Bharara memfailkan aduan sivil di sebuah mahkamah persekutuan di sini untuk membatalkan sejumlah akaun bank milik yayasan tersebut.
Sebuah syarikat perantara, bangunan pejabat, hartanah di Virginia dan pusat Islam di negeri Maryland, Texas serta di California turut dirampas.
Sebanyak lapan hartanah dan sembilan akaun bank terbabit disenaraikan dalam permohonan itu.

PELAJAR-PELAJAR tiba di sekolah Ravi yang dikaitkan dengan rampasan aset Yayasan Alavi oleh pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat di New York kelmarin.
Dalam aduan setebal 97 muka surat itu, para pendakwa raya AS mendakwa beberapa pegawai kanan Iran termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tahmasb Mazaheri dan duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbabit dalam urusan perniagaan yayasan tersebut.
"Yayasan Alavi secara aktif menjadi 'kenderaan' untuk kerajaan Iran (melakukan usaha perniagaan setelah dikenakan sekatan ekonomi)," kata Bharara dalam satu kenyataan.
Tindakan itu dijangka akan meningkatkan ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan Iran.
Iran sebelum ini didakwa membiayai kumpulan pengganas dan berusaha untuk menghasilkan bom nuklear dengan berselindung di sebalik program janakuasa elektrik.
Presiden AS, Barack Obama pernah memberitahu Kongres kelmarin bahawa hubungan negara tersebut dengan Iran masih belum pulih. - AFP

Friday, October 9, 2009

kebusyan melampaui batas....

hehehehehe...assalammualaikum...lama x buka blog ni...al maklum la busy.. besa la budak first year cam kena kejutan la jugak.....masa sekolah dulu teringin nak masuk u.. pas masuk u nak masuk apa plak???????????ntah la...masuk keja la kot...hmmmmmmmmm dah la jauh daripada keluarga..hehehe jauh la sangat...sejak x buka blog ni banyak pekara yang tidak di duga berlaku..
first time kena halau ngan lec sebab datang lambat...huhuhuhu bukan sengaja bus yang terhegeh-hegeh.dah la waktu 2 ramai yang nak naik bas pi kelas..bas pulak wat2 lambat mai ambik..tension2...oleh itu saya mencadangkan pihak usm memperbanyakkan trip bas pada waktu2 kemuncak iaitu pada awal pagi , tgh hari dan petang dalam kol 6.....apa lagi erk? hmmm ha aku pi program hari raya anjuran pmi..hmmmmmm best makanan diorang..aktiviti pon best.. syabas di ucapkan..(^_^)..haaaa lupa lak pekara yang paling sedih, fiza dapat markah rendah ja masa test statistik ari 2... semua kawan2 dapat best mark..x da rezeki la fiza tahun ni nak dapat dekan...x pa kak murni kata dalam usrah ari khamis ari 2... markah semua x penting, yang penting setiap yang kita usaha ja yang tuhan tgk.... tenang hati fiza masa dgr nasihat 2...allamdulillah...