background

Monday, February 7, 2011

festkum(festa kebudayaan universiti2 Malaysia) 2010- USM tuan rumah bagi kategori dikir barat

assalammualaikum .... dan hye..

sambungan kepada aktiviti semasa cuti sem lepas , maka tibalah giliran untuk menceritakan tentang festkum 2010.

akibat terlalu boring duk di rumah, fiza dan member fiza, hajar pon join la festkum yang kebetulan pada masa 2 USM jadi tuan rumah untuk acara dikir barat, memang nak pakai banyak sketeriat pelaksana untuk menjayakan majlis 2...

Selepas selesai first meeting untuk melantik ajk serta bidang tugas untuk setiap orang, x sangka aku yang loklaq ni di tugaskan di bahagian protokol penyambut para jemputan VIP..HAHAHHAA(gelak sengal dan blurr ). mula2 rasa macam akan hancur majlis 2.tapi setelah dilatih berkali-kali. alhamdulillah semuanya berjalan sempurna seperti yang di rancang. jom kita tengok beberapa picture yang di curi dari camera hajar..hahahahah (jangan marah hajar)

makan di queens bay di jooney restraurant bersama rakan2 yang baru dikenali semasa menyertai festkum. mula2 tgk dari luar kedai nampak cam mahal jer kalau makan kat situ. tapi sungguh x di sangka agak berpatutan la rm 15 leh dapat nasi ayam , tomyam,aiskrim dan ,air minum.
kebetulan pada hari aktiviti santai , tv9 buat karnival sua rasa kat penang tepi queens bay..so sambil menyelam minum air lew.. tunggu lagi.. sempat lagi bergambar dengar dayana juara idola kecil 2...sporting dan best...


ni plak bergambar dangan intam ladyana...hhihihihi
bergambar bersama artis2 choop di tv9
Masa ni ada kat UNIMAP PERLIS, utk perasmian dan penutup festkum 2010.. hahaha jalan2 cari pengalaman..^_^



kat sini plak ada dekat karnival festkum di UNIMAP.

hahahaha one of picture i like..ni la dewan budaya USM.. tempat berlansungnya festkum acara dikir barat.. (sempat juga ambik pic walau pon tgh busy...^_^

apa2 pon, festkum nih berjaya memberikan fiza pengajaran tentang kesabaran dan pengalaman yang amat berharga.. terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan yang memberi kerjasama sepanjang program berlansung.... ^_^

Wednesday, December 29, 2010

aktiviti semasa cuti semester 1 sidang akademik 2010/2011

assalammulaikum................

hai ........

disini fiza ingin memceritakan tentang aktiviti yang fiza lalui sepanjang cuti sem lepas.....
antaranya ialah pesta sukan dan kebudayaan belia ke 2 di usm dan pesta kebudayaan universiti2 malaysia di unimap perlis.........

ok lets start step by step

fisrtly nak cita pasal pesta sukan dan kebudayaan belia melaysia.. dalam program ni fiza ditugaskan sebagai loizen officer........hahahahaha.. mula2 dapat tugas 2 agak kecewa la juga sebab fiza x reti sangat nak guide orang nih..... tapi x pa atas bantuan pasangan saya LIM WOOI CHOW a.k.a sky spinner semua keja jadi mudah.... thank you lim u always my best friend lah..hehehe. rupa2 yang mudah ja keja ni..duk rilek minum milo free je.hahahhha

semasa menjalankan tugas.. fiza jumpa pelbagai jenis ragam manusia .indahnya ciptaan tuhan...hmmmm ......haaaaaa. sebelum fiza lupa fiza nak kenalkan rakan2 loizen officer yang agak senget tapi u all memang the best...
dari kiri fiza,intan,ilmi,wan, dan lim....miss this momentdari kiri atas intan, wan ,fiza ,lim dari kiri bawah mizah dan tokwan..hahahahaha

semua rakan2 ada kisah tersendiri semasa progam dijalankan........wan dengan kisah milo free... mizah dengan kisah helmet dan longkang.....hahahahha.....ilmi dengan kisah kuih tepong talam makan x abis.eeeee membazir jer.....fiza , intan dan lim....... hanya mampu ketawa....melihat gelagat mereka...hahahahhahaha...... cam budak2 tapi comel.......

seterusnya, pada malam pembukaan kita ada konsert daripada kumpulan kristal, ucapan pembukaan daripada menteri belia dan sukan malaysia dan kita ada paluan gendang satu malaysia and the last but not least kita ada boria anak mami tanjung mai.hahahhaa


itulah serba sedikit tentang malam perasmian majlis nih..... memang hapening sampai naik pening..........hahahahaha

pada hari berikutnya kita ada perlawanan akhir batminton antara pasukan mbn penang dan mbn selangor.... suasana di dalam stadium batminton sungguh meriah dengan bunyi sorakkan para penyokong....antara lirik lagu sorakkan seperti berikut.. 1st wah hebat wah2 hebat2 2nd , nak menang ambik nak menang ambik, ambik , ambik,ambik.. fiza pon ikut sekali bersorak time 2.hahahhaha tapi mbn penang kalah jugak....x pa. lain kali cuba lagi....

pada hari penutupan....majlis menyediakan pesembahan daripada pasukan2 yang menang dalam kategori kebudayaan antaranya ialah tarian satu malaysia oleh pasukan belia 4b, dan simfoni gendang melayu yang mendendangkan pelbagai lagu2 yang best......

setelah satu jam berhibur .. tibalah saat yang di nanti2 kan iaitu penyerahan hadiah2 pemenang keseluruhan ........ alhamdulillah mbnpp mendapat juara dalam kategori sukan selali gus mendapat juara keseluruhan dalam pesta sukan dan kebudayaan belia malaysia kali yang kedua.....
taniah di ucapkan..........

Monday, December 6, 2010

renung2 kan lah...bersama-sama kita mengelak

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....

*****************************************************************

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masih xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

masyaallah~

harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....

urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....

Saturday, November 13, 2010

bulan exam tiba lagi......

assalammualaikum......

pada 8 hb hingga 23hb 11/2010...............bulan final exam telah melanda usm..... salah sorang drp orang yang telibat ialah di saya sendiri dan semua student usm......
saat exam menjadi lebih genting kerana wujud pertembungan dengan hari raya aldil adha A.K.A Raya haji.........
kesian kepada sesiapa yang tidak dapat pulang ke kampung pada raya haji tersebut......... di harap anda semua bersabar atas ujian ni..........terutamanya pada roomate saya kak faza org sabah....sem ni raya haji kat penang la jawapnya.............hehehehehe..........

berbalik kepada exam di usm...berikut adalah senarai subjek yang akan di ambil dan slip peksa...

doakan kejayaan saya yer...........(^_^)v wish me the best of luck................

Thursday, January 7, 2010

seutas kata untuk dirasa.....

apakah makna kehidupan jika nilai kasih sayang ,percaya sesama sendiri kian luntur kerana sifat ingin yang terbaik muncul dalam diri.....

apakah makna persahabatan jika setiap individu pentingkan diri sendiri??? x terfikirkah mereka pekara yang mereka lakukan itu kadang kala mengguris hati seorang insan yang lemah????
adakah masih ada persahabat yang indah seperti zaman sahabat2 para nabi dan nabi....mereka bekerja sama serta mengharungi kesusahan brsama- sama tanpa tanpa memikirkan status,darjat serta kekayaan dengan harapan islam dapat memjadi kuasa besar nanti.......

apakah makna keamanan jika kita masih dapat lihat masih berlakunya peperangan kerana sikap ketamakan seorang manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi kepadanya...cuba kita renungkan akibat ketamakkan individu,serta sifat pentingkan diri sendiri maka berlakulah peperangan yang melibatkan beribu insan yang tidak berdosa mati kebuluran atau mati dibom.......

akibat sikap angkuh yang merasakan diri nya yang ter baik menyebabkan berjuta rakyat mati kerana tidak mahu bersatu dan bekerja sama dengan sahabatnya..............................

entah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

apakah makna persahabatan.....................?

Saturday, November 28, 2009

selamat hari raya haji..

Aidiladha disambut penuh kesyukuran


TUANKU MUHRIZ menyerahkan daging korban kepada seorang penerima di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah semalam.


KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh negara semalam menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh rasa kesyukuran disertai dengan semangat pengorbanan dalam menghadapi pelbagai dugaan dan bencana.

Walaupun banjir melanda beberapa negeri terutama di Kelantan dan Terengganu, namun sambutan Aidiladha di negeri-negeri terbabit tetap meriah.


MOHD. ALI RUSTAM (dua dari kiri) turut melapah daging lembu ketika hadir pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha di Surau An Nur Taman Merak Mas, Bukit Katil, Melaka.


Di Terengganu, seramai 1,026 mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan banjir di Hulu Terengganu dan Marang menyambut kedatangan Aidiladha secara ala kadar.

Di Masjid Negara Kuala Lumpur, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama rakyat jelata. Turut berangkat dua anakanda baginda, iaitu pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mu"az.


DAGING korban dihantar menggunakan bot kepada Siti Romlah Awang Hamat yang terkandas di rumahnya akibat banjir di Kampung Kubang Sawa, Tumpat.


Hampir 5,000 jemaah menunaikan solat sunat itu mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tuanku Mizan.

Sementara di Shah Alam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 20,000 umat Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.